Jump to content

Perbuatan yang dilarang dalam Sistem Misi Peribadi

  • Please log in to reply
4 replies to this topic

LiquidSnake #1 Posted 06 February 2015 - 04:57 PM

    Captain

  • Administrator
  • 6989 battles
  • 1,240
  • [WG] WG
  • Member since:
    09-12-2012

Hi Semua,

Walaupun anda semua bolehlah bekerjasama dengan, ahli klan, kengkawan, ataupun rakan-rakan senegara, anda perlulah ingat ianya hanya dibenarkan jika anda berada dalam pasukan yang sama sahaja di dalam permainan

Bekerjasama dan berpakat dengan ahli klan, kengkawan ataupun rakan-rakan senegara yang berada di pihak musuh adalah dilarang sama sekali dan ianya menyalahi peraturan-peraturan dan juga boleh dianggap menipu.

Dan dengan 30 pemain dalam permainan dan sistem ulang tayang yang diaktifkan adalah amat mudah untuk mengesan dan menangkap sebarang pemain yang menipu. Kemungkinan besar tindakan yang amat tegas akan diambil.

Buat masa ini, peralatan dan kelengkapan adalah terhad.

Contoh adalah seperti, tiada butang besar berwarna merah untuk menyekat pemain tersebut selama 7 hari dan terus mengalihkan ganjaran utama dari akaun mereka ataupun menetapkan semula proses perjalanan misi peribadi mereka  ke kosong.

Jikalau ada, amat mudah bagi pihak WG Asia untuk mengambil tindakan tata tertib untuk kes sedemikian.

Jadi untuk isu yang berkenaan, pihak kami terpaksa menangani dengan pelbagai cara yang berbeza.

  1. Menyelaraskan pasukan secara dalaman, penyatuan dari pihak support, forum dan juga setiap bahasa. 
  2. Penyatuan secara global, dengan Producer NA/EU/RU/KR dan juga pihak pengusaha di Minsk.
  3. Menyuarakan kebimbangan pemain-pemain Asia mengenai isu ini dan juga kepada server lain.
  4. Mengutamakan dan mendesak pembangunan untuk kelengkapan dan peralatan terbaru seperti butang besar berwarna merah yang disebut di atas.... 
  5. Memperolehi secara fakta dan statistik  secara analisa. Bukan terhad hanya kepada 8 pemain yang ditangkap kerana menipu dalam misi peribadi tetapi untuk keseluruhan sistem misi peribadi.
  6. Menganalisa 8 pemain yang berjaya ditangkap kerana menipu dan menyemak apakah ganjaran yang telah mereka perolehi selama ini dan juga sejauh manakah mereka berjaya menerajui sistem misi peribadi tersebut.
  7. Dan lain-lain.

Disebabkan perbezaan masa global, proses diatas adalah mengambil masa beberapa hari.

Sementara itu, pemain yang berjaya ditangkap disebabkan menipu telahpun ditahan selama 3-7 hari.
 
Sementara sekarang, proses diatas akan diteruskan sementara menunggu penyelesaisan terbaru di mana memerlukan pembangunan kelengkapan terbaru dan juga memerlukan penerbit seperti WG Asia untuk mengeutamakan isu ini terlebih dahulu demi kepentingan pemain-pemain seperti anda semua.

Kini kami perlu melihat dan mengkaji apakah yang boleh dilakukan dengan peralatan yang ada buat masa sekarang.

Untuk 8 pemain yang telah ditangkap menipu dalam sistem misi peribadi untuk kali pertamanya, dan jikalau pemain-pemain lain ingin mengikut jejak langkah mereka, hukuman yang akan dikenakan ialah.

  1. Tujuh (7)  Hari Day dilarang daripada permainan.(Hukuman terdahulu dimana 3 hari akan dilanjutkan kepada 7 hari)
  2. Mengalihkan ganjaran utama yang terakhir mereka berjaya perolehi (seperti kereta kebal / krew perempuan / dimana tidak boleh diperolehi selama-lamanya)
  3. Tidak melarang pemain-pemain tersebut daripada menggunakan sistem misi peribadi dimana sistem ini tiada pilihan sedemikian buat masa ini. Kami akan berusaha untuk mendesak pembangunan sistem ini pada masa akan datang.
     
Kesalahan yang berulang pada masa akan datang bagi yang telah dikenakan tindakan akan menerima hukuman 

  1. Tiga puluh (30)  Hari dilarang daripada permainan. 

Dan jika kesalahan ini terus berlaku, hukuman dilarang dari bermain permainan selama-lamanya akan dikenakan.

Menipu, tidak kira dari apa juga aspek adalah dilarang sama sekali.

Kami akan terus berjuang demi pemain-pemain kami semua. Berusaha mencegah isu menipu dengan kelengkapan yang sedia ada dan sumber yang terhad. Mengeutamakan pembangunan peralatan terbaru demi menjaga kepentingan kesemua pemain-pemain. Kami, selaku pihak WG, amatlah mengetahui bahawa betapa pentingnya persekitaran permainan yang bersih lagi menyeronokkan untuk anda semua.

Sila pastikan topik ini hanya berkaitan dengan isu menipu dalam sistem misi peribadi sahaja.

Sila ikut peraturan forum ketika berbincang dan komen dalam topik ini.

Kami memahami kekecewaan anda semua namun peraturan tetap dan haruslah dipatuhi.

azls73 #2 Posted 28 March 2015 - 12:38 AM

    Staff sergeant

  • Beta-Tester
  • 30067 battles
  • 442
  • Member since:
    06-07-2012
Bikin hukuman yang sadis sket lah WG !! Delete Account terus ,,adios !!!

sunrise57 #3 Posted 09 April 2015 - 08:15 PM

    Private

  • Member
  • 4758 battles
  • 2
  • Member since:
    09-10-2013

View PostLiquidSnake, on 06 February 2015 - 04:57 PM, said:

sunrise57 #4 Posted 09 April 2015 - 08:25 PM

    Private

  • Member
  • 4758 battles
  • 2
  • Member since:
    09-10-2013

I am not sure really mistake that i have made. Is my mistakes because of purchasing and selling? Using offensive word? please tell me exactly what are the mistakes i have made?

Murtaza  Mohd Isa.

zaha #5 Posted 10 April 2015 - 03:13 PM

    Major

  • Beta-Tester
  • 14332 battles
  • 4,027
  • [RPS] RPS
  • Member since:
    08-06-2012
Info bernas untuk Personal Mission. Diulang, Personal Mission. Ulangan terakhir, PERSONAL MISSION.

 *R.I.P p0ndas*

#3006neverforget

1 user(s) are reading this topic

0 members, 0 guests, 0 anonymous users