Jump to content


Penambahan Mod yang Dilarang


  • Please log in to reply
3 replies to this topic

LiquidSnake #1 Posted 06 February 2015 - 06:12 PM

    Captain

  • Administrator
  • 6989 battles
  • 1,244
  • [WG] WG
  • Member since:
    09-12-2012

Pemain yang dihormati.

 

World of Tanks terbuka untuk sebarang pengubahsuaian dibuat oleh para pemain, dan kami juga mempunyai komuniti dikenali di peringkat antarabangsa yang sentiasa menyokong World of Tanks.

 

Dari garaj terbaru, bunyi UI dan juga alih suara, sehinggalah program yang menunjukkan tahap pemain dipasukan anda adalah sangat menarik dikalangan pemain semua.


Sesetengah mod tersebut (mengikut citarasa masing-masing) boleh membuatkan perasaan dan pengalaman permainan yang lebih menarik dan seronok.

 

Anda boleh menjumpa mod tersebut di Fan Zone forum kami.

 

Walaupun kami mempunyai sistem keselamatan tersendiri dari segi pengiraan ketika bermain permainan dimana ianya dikawal terapi dan selamat di bahagian server kami bagi mencegah sebarang perubahan ataupun godaman dari luar...

 

Masih terdapat segelintir yang kan mencuba dan sanggup menipu demi mendapat kelebihan untuk diri mereka dengan cara kreaktif yang tersendiri.

 

Namun sebarang perubahan grafik tempatan (pengguna) boleh memberikan kelebihan kepada penggunanya dan tidak adil kepada musuh. Contohnya adalah seperti  menandakan pada peta mini di mana tempat pokok tumbang ataupun bangunan runtuh. 

 

Dalam suasana yang sering bersaing antara satu sama lain seperti World of Tanks, sebarang kelebihan kepada pengguna-nya bukanlah topik kecil dan boleh dipanggil sebagai "menipu"

 

Senarai mods yang dilarang oleh pihak WG boleh memberikan ketidak adilan ataupun kelebihan dan kekurangan kepada sesetengah pemain.

 

Senarai Mods Terlarang

Senarai penuh tidak diberikan kepada pihak luar selain daripada Rusia adalah kerana 

1. Senarai mods terlarang boleh membawa kepada andaian bahawa mods yang tidak tersenarai boleh digunapakai justeru cenderung kepada pemain akan mengubah suai mods ataupun nama setiap masa.

2. Senarai tersebut secara tidak lansung mempromosikan mods tersebut dan mengalakkan pemain-pemain untuk mencarinya.

 

Adalah selamat untuk mengatakan bahawa mods yang terdapat dalam Fan Zone forum kami ataupun forum di server lain adalah selamat untuk digunakan dan boleh dimuat-turun secara percuma. 

Jadi untuk keselamatan pemain semua, silalah muat turun mods dari forum kami sahaja.

 

Memuat turun dari fail rawak (mods) kemungkinan besar akan membawa kepada :

  1. Muat turun software yang boleh mencuri kata laluan anda, Trojan, Virus
  2. Penambahan mods yang berkemungkinan dilarang oleh pihak kami.

 

 

Buat masa ini, peralatan untuk penguatkuasaan beberapa mods dan membenarkan mods yang lain adalah terhad.

 

Kami akan berusaha memperjuangkan di pihak anda semua untuk mendapatkan :

  1. Mencegah mod yang dilarang pakai dengan peralatan yang sedia ada dalam sistem kami, ianya adalah amat terhad sekali.
  2. Mencegah mod yang dilarang pakai daripada disebarkan melalui forum dan permainan kami dan lain-lain.
  3. Mencegah promosi secara lansung mengenai mod yang dilarang pakai
  4. Sementara itu, keutamaan adalah untuk membangunkan alatan terbaru untuk mencegah kes sedemikian dan juga membasmi sebarang penipuan.

 

Bagi sesiapa yang didapati menggunakan mod yang dilarang pakai akan dihukum seperti berikut :

  1. Tujuh (7)  Hari dilarang daripada permainan bagi kesalahan yang pertama.
  2. Tiga puluh (30)  Hari dilarang daripada permainan bagi yang melakukan Kesalahan yang berulang pada masa akan datang
  3. Dan jika kesalahan ini terus berlaku, hukuman dilarang dari bermain permainan selama-lamanya akan dikenakan.

 

 

Sila pastikan topik dibincangkan disini adalah mengenai mod yang dilarang pakai sahaja.

 

Sila ikut peraturan forum ketika berbincang dan komen dalam topik ini.

Kami memahami kekecewaan anda semua namun peraturan tetap dan haruslah dipatuhi.



azls73 #2 Posted 18 February 2015 - 04:08 PM

    Staff sergeant

  • Beta-Tester
  • 30888 battles
  • 450
  • Member since:
    06-07-2012

Saya nak tanya sedikit kepada pihak WOT-

 

Bagaimanakah pihak WOT boleh mengetahui seseorang player itu menggunakan MOD yang terlarang?

 

It is a breach of privacy jika wot using a deep scan application within running the games without any consent

dari pengguna WOT unless the application have the users accepted option.

 

T.Kasih dan Selamat Tahun Baru Cina to ALL !!

 

azls73



LiquidSnake #3 Posted 24 February 2015 - 12:51 PM

    Captain

  • Administrator
  • 6989 battles
  • 1,244
  • [WG] WG
  • Member since:
    09-12-2012

Hi,

 

Sistem yang sedia ada sekarang ini mampu menyemak samaada pemain tersebut menggunakan mod atau tidak, namun ianya masih dalam proses menaiktaraf bagi memantapkan lagi sistem tersebut.

 

Sekian,

LiquidSnake.



4Kings #4 Posted 11 March 2015 - 11:30 PM

    Corporal

  • Beta-Tester
  • 20849 battles
  • 12
  • [HOD] HOD
  • Member since:
    08-31-2012

Just found out new mod that can detect a wolfpack team on map. This happen between my clan versus VPA.. they using Warpack mode.

 

[content removed]

 

Is this mode allowed in WOT.. ?

 

Linking inappropriate/illegal content. Post edited, user warned.

 

~amade


Edited by amade, 12 March 2015 - 06:43 AM.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 0 guests, 0 anonymous users