Jump to content

Toys Defense 2: Small Soldiers , Big Battles

  • This topic is locked This topic is locked
No replies to this topic

IronGuard #1 Posted 14 October 2015 - 04:45 PM

    General

  • Guests
  • 10750 battles
  • 44
  • Member since:
    02-28-2012

Melesta Games dan Wargaming mempersembahkan Toy Defense 2 yang telah dikemaskini! Permainan popular ini dengan lebih daripada 10 juta muat turun telah dirombak semula, menjadikan anda sebagai seorang komander dalam usaha menentang angkatan musuh yang berbilang. Anda mesti menyusun pelbagai jenis unit pertahanan di serata medan dengan bijak dan pantas, unit-unit ini juga boleh dinaik taraf dan dibawa bersama ke pertempuran seterusnya!

Berinspirasikan pertempuran-pertempuran terkenal dari Perang Dunia Kedua,  Toy Defense 2 membawa anda ke pelbagai medan tempur seperti Stalingrad yang diliputi salji, padang pasir Afrika Utara yang hangat, persisiran pantai Normandy yang bergolak, dan hutan belantara Iwo Jima. Unit-unit Toy Defense 2 termasuk pelbagai kenderaan ikonik dari Great Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan Jerman.

Selain dari mod PvE yang biasa, terdapat juga mod PvP, di mana anda boleh mencabar pemain lain secara online. Dengan menyertai liga permainan, anda boleh menaiki tangga liga dan memenangi ganjaran-ganjaran hebat!

Bagi mereka yang sudah biasa dengan siri Toy Defense, berikut adalah perubahan-perubahan yang utama:

  •         Grafik  bergaya yang telah diolah semula seluruhnya
  •         Pengantara muka yang diperbaiki
  •         Sistem naik taraf yang serba baru untuk komander: mata latihan diberi untuk setiap paras baru
  •         Anugerah untuk semua peserta kejohanan
  •         Kestabilan online diperbaiki
  •         Tiga cara untuk bermain: Misi-misi PvE, kejohanan, dan pertempuran PvP
  •         240 misi-misi penuh aksi
  •         Kempen-kempen terkenal seperti Pertempuran Iwo Jima dan Operasi Overlord
  •         Pelbagai kenderaan dan unit dari Great Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan Jerman

Permainan telah dilancarkan pada 7hb Oktober, dan kini sedia ada di App Store dan Google Play:

1 user(s) are reading this topic

0 members, 0 guests, 0 anonymous users